Wednesday, 3 August 2011

My Point of View (Chapter 1: Captain America)

Hari nie tak terasa mengantuk mungkin tidurku mencukupi semalam ... so mencari idea apa nak dibuat diwaktu rehat ... teringat pulak movie yang baru sahaja ditayangkan di pawagam berdekatan. Cerita yang mendapat suntikan dan ilham dari komik kartun iaitu Marvel .Nak cerita lebih pasal komik ini mungkin lain kali saja. hari ini, Aku nak review movie yang ditayangkan .


Overall cerita berkenaan boleh dikatakan memuaskan  untuk episod pertama sebelum keluarnya filem Avenger nanti. Dari segi Kostum dia, sangat la kurang. Mungkin sebab nak tunjukkan tahun bila Captain America ini wujud. Kita tunggu ajela citer Avenger nanti mungkin pengarah dia akan introduce custom yang menarik tertarik .Jalan cerita menarik walaupun agak sedih . Complain dari rakan yang menonton bersama bertanya kenapa filem Hero ini ending dia menyedihkan. Simple saja dari ku , Movie ini bukan Bollywood dan Hindustan , yang diakhir filem hero and heroin dapat bersama. Kalau anda pengemar Komik Marvel boleh dikatakan ending Siri komik di Marvel tidak mempunyai Happy Ending. Tapi kira okay la, Hero Captain America ini dapat bagi last kiss pada awek dia sebelum dia sejuk beku.Kiranya tidak kempunan la nanti. Hahaha .Untuk Pengemar filem Cinta yang nak adegan berpacaran, anda dinasihatkan untuk tidak membaxzir nak beli tiket movie ini sebabnya movie ini untuk yang minat komik marvel dan aksi. 
so akhir kata dari aku bagi sesiapa yang belum tonton. Boleh pergi menonton di pawagam berdekatan. Bagi kaki Dolod , Dolod la movie ini untuk tontonan atau pun koleksi peribadi anda. Ianya sebuah karya yang menarik . Walaupun jalan story dia ada sikit lain dari yang original.

No comments:

Post a Comment