Thursday, 4 August 2011

My Point of View (chapter 2: Harry Potter and The Deathly Hallow)

Tatkala aku kebosanan, datang rakan sekerja aku bertanyakan pasal movie yang best2, yang boleh ditonton. Terkeluar la satu movie yang aku rasa, die hard fan movie ini tak boleh terima kenyataan. So bermula "My Point Of View : Harry Potter  and The Deathly Hallow (chapter 2)


Filem ini bagi saya sangat menarik jalan ceritanya berbanding dengan siri dia yang sebelum ini. banyak aksi dan rahsia yang terungkap dalam cerita ini. Memberitahu apa kaitan Harry Potter dengan "you know who??" . dan watak Snape yang selalu aje timbul di setiap siri movie ini. Kalau anda menontonnya pasti tidak sedar masa 2jam 45 minit berlalu begitu sahaja. Yang menariknya watak-watak yang disangka jahat bertukar menjadi baik. Dan dari situ timbullah konspirasi bahawa Snape adalah bapa sebenar Harry Potter. Disebabkan inilah segelintir Die hard fan Trilogy ini tidak dapat menerima kenyataan sehingga anak kepada Harry Potter pun diberi nama timangan Snape. Semasa Harry menyelami memori lama Snape. Harry terlihat apakah hubungan Snape dengan ibunya,sehingga dia sendiri tidak dapat menerima kenyataan siapa Snape yang sebenarnya. Begitulah Harry Potter mengetahui hubungan sulit Snape dengan Ibunya. Overall cerita ini memang menarik untuk episod terakhir Trilogy ini tetapi adegan perlawanan kalah mati Harry dengan Voldemart sangat lah membosankan . Dikatakan mereka berdua ini Prodigy dalam magic, Tetapi bila dilihat pertunjukkan magicnya biasa aje pulak tue siap ada adegan gusti. Sangat mengecewakan, bagus lagi filem terbitan anak tempatan "Haq" . lebih canggih dari Harry potter dan Dragon Ball . Ops.. cukup pasal filem tempatan itu.Berbalik semula kepada Harry Potter, so bagi yang belum menonton disyorkan untuk pergi ke pawagam berhampiran or download sahaja dari internet. Dan perhatikan apabila rahsia kehidupan Prodigy magic ini terungkai satu demi satu .
So sampai disini sahaja review saya mengenai movie ini. Kalau tulis panjang-panjang nanti bosan pula.Okay until next time...

No comments:

Post a Comment